Unit Dakwah Adalah Salah Satu Daripada Kompenan Di Bawah Cawangan Pengimarahan Masjid Jamek Al-Amaniah. Unit Ini Bertanggungjawab Memberikan Perkhidmatan Bagi Mempermudahkan Urusan Ibadah Dan Pengimarahan Di Masjid Jamek Al-Amaniah.
FUNGSI DAN PROGRAM :
Masjid Jamek Al-Amaniah Juga Tidak Ketinggalan Dengan Mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil, Solat Hajat Dan Qiyamullail Yang Lazimnya Sentiasa Mendapat Sambutan Yang Baik Dari Masyarakat. Melahirkan Masyarakat Yang Berpaksikan Zikir Dalam Setiap Langkah Kehidupan Agar Terpelihara Diri Dan Negara Dari Sebarang Bala Bencana. Zikir Merupakan Satu Amalan Yang Sangat Berkesan Dan Berperanan Besar Dalam Pembentukan Sakhsiah Muslim. Untuk Mengeratkan Hubungan Antara Masyarakat Dan Jemaah Yang Hadir Sama Ada Jemaah Lelaki Ataupun Wanita. Mengimarahkan Institusi Masjid Dengan Kehadiran Masyarakat Sekeliling.
Masjid Jamek Al-Amaniah, Adalah Salah Satu Mercu Tanda Ketinggian Syiar Islam Yang Telah Didirikan Oleh Komuniti. Peranannya Sebagai Tempat Ibadah Perlu Sentiasa Disemarakkan Supaya Seimbang Dengan Kehebatan Fizikalnya Yang Begitu Indah. Kewujudannya Perlu Dimanfaatkan Sepenuhnya Untuk Menjana Kekuatan Spiritual Umat Islam Dalam Mengharungi Cabaran Kehidupan Di Kota Metropolitan Ini.
Ibadah Korban Merupakan Satu Ibadah Sunat Yang Sangat Dituntut Kepada Orang Yang Berkemampuan Untuk Melaksanakannya Selepas Solat Sunat Hari Raya Korban (Aidil Adha) Pada Setiap Tahun. Ibadah Ini Tidak Terlepas Daripada Masjid Bagi Melaksanakannya Setiap Tahun. Selain Daripada Mendapat Pahala Di Sisi Allah, Ibadah Ini Juga Dapat Meninggikan Syiar Dan Syariat Islam. Matlamat Sebenar Ibadah Korban Ini Adalah Untuk Membantu Fakir Miskin Dan Golongan Yang Kurang Bernasib Baik Di Kalangan Umat Islam Dengan Rasa Yang Penuh Keikhlasan.
Aqiqah Menurut Bahasa Ertinya ‘Memotong’. Pada Asalnya Ialah Rambut Yang Terdapat Pada Kepala Bayi Ketika Bayi Tersebut Keluar Dari Rahim Ibunya, Rambut Itu Dinamakan Dengan Aqiqah Kerana Ianya Harus Dipotong (Dicukur). Menurut Istilah Pula Aqiqah Ialah Haiwan Yang Disembelih Kerana Bayi Atau Untuk Bayi Yang Dilahirkan. Dinamakan Sembelihan Itu Dengan Aqiqah Adalah Kerana Haiwan Tersebut Disembelih Pada Hari Mencukur Rambut Kepada Bayi Itu.