Program Social Dan Komuniti Ini Adalah Di Bawah Penyeliaan Cawangan Kebajikan Dan Sosial Masjid Jamek Al-Amaniah. Program Perkhidmatan Ini Bertujuan Untuk Memberi Kemudahan Kepada Para Jemaah Masjid Dan Orang Awam Untuk Mendapatkan Nasihat Dan Pandangan Berkenaan Dengan Permasalahan Seperti Nasihat Agama, Rawatan Islam, Khidmat Nasihat Masalah Rumahtangga Dan Guaman Syarie. Pihak Masjid Akan Menyediakan Mereka Yang Pakar Dalam Bidang Tersebut Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Tersebut. Lokasi Perkhidmatan Telah Disediakan Iaitu Di Bilik Khidmat Sosial Masjid Jamek Al-Amaniah.
Para Jemaah Masjid Dan Orang Ramai Boleh Hadir Ke Masjid Dan Membuat Temujanji Jika Masalah Dan Persoalan Itu Tidak Dapat Diselesaikan Dengan Kadar Segera. Ruang Lingkup Persoalan Yang Diajukan Adalah Berkaitan Dengan Hukum-Hukum Isu Semasa Dan Agama Serta Kehidupan. Perkhidmatan Ini Boleh Juga Dengan Menghubungi Terus Pejabat Masjid.
Operasi Penyampaian Yang Dijalankan Adalah Melalui Datang Terus ‘Walk In’.
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Cuti
Khidmat Ini Adalah Tertumpu Kepada Rawatan Alternative Islam Bukan Rawatan Konversional. Fokus Utama Dalam Penyediaan Khidmat Nasihat Rawatan Ini Adalah Untuk Mengetahui Secara Umum Permasalahan Yang Dihadapi Dan Alternatif Yang Ada Untuk Membuat Rawatan Sepenuhnya. Walau Bagaimanapun Membuat Rawatan Secara Ringkas Dan Bukan Kes Yang Berat Dibenarkan.
Operasi Penyampaian Yang Dijalankan Adalah Melalui Datang Terus ‘Walk In’.
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Cuti