.
Alhamdulillah, Saya Merafa'kan Setinggi-Tinggi Kesyukuran Kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad Saw, Ahli Keluarga Dan Para Sahabat Baginda Sekalian.
Saya Dengan Rendah Diri, Mengalu-Alukan Anda Melayari Laman Sesawang Masjid Jamek Al-Amaniah Sebagai Agen Pengantara Dan Penyebaran Maklumat Dan Informasi Yang Cukup Berkesan Di Zaman Ini. Menerusi Kewujudan Laman Sesawang Ini, Proses Penyampaian Maklumat Kini Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat. Transformasi Ini Sekaligus Memastikan Mesej Penting Kepada Masyarakat Dapat Disalurkan Dengan Lebih Meluas Dan Berkesan.
Laman Sesawang Masjid Jamek Al-Amaniah Ini Pastinya Akan Menjadi Medium Rasmi Untuk Masyarakat Mengenali Dengan Lebih Dekat Sekaligus Mencintai Masjid Ini. Laman Sesawang Rasmi Ini Juga Akan Dimanfaatkan Oleh Pihak Masjid Bagi Menghebahkan Semua Aktiviti-Aktiviti Pengimarahan Yang Telah Dan Akan Dilaksanakan Di Masjid Ini.
Akhirnya, Saya Merakamkan Ucapan Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menghasilkan Laman Sesawang Masjid Jamek Al-Amaniah Ini. Harus Diakui, Ini Adalah Sebahagian Daripada Hasil Usaha Keras Yang Telah Diberikan Dan Semangat Ini Harus Dikekalkan Dalam Memastikan Laman Sesawang In Terus Berada Dalam Keadaan Yang Terbaik. Saya Juga Mengalu-Alukan Kunjungan Semua Ke Laman Sesawang Ini Dan Diharapkan Dengan Kewujudan Laman Sesawang Ini Dapat Memenuhi Keperluan Masyarakat Dalam Mendapatkan Serta Memanfaatkan Maklumat Dan Perkhidmatan Yang Disediakan.
Sekian Terima Kasih.
.
.